Tuesday 29 March 2016

Filled Under:

Subhanallah !!! Kuasa Allah ,,, Jalan Yang Lenyap 22 Tahun Lepas Timbul Kembali



Padang Besar: Jalan lama yang pernah lenyap dan dilupakan 22 tahun lalu selepas dinaiki air akibat pembinaan sebuah empangan muncul kembali setelah air mulai surut akibat fenomena cuaca panas melampau ketika ini....

Jalan sepanjang satu kilometer di Kampung Sahabat,,,, Tasoh,,,, menjadi penghubung Jalan Sahabat ke Batu 12, Kampung Tasoh,,,, muncul kembali sejak beberapa minggu lalu....

Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati Jalan Titi Tinggi-Tasoh itu sudah tidak digunakan lagi oleh penduduk Kampung Sahabat sejak 1994 iaitu dua tahun selepas Empangan Timah Tasoh yang terletak berhampiran kampung itu siap dibina....

Seorang penduduk kampung, Razali Saidin, 47,,,, berkata, jalan itu ditenggelami selepas air Empangan Timah Tasoh memenuhi setiap ruangan di kawasan itu yang mempunyai keluasan tiga hingga empat padang bola sepak....

“Tempat ini dipenuhi air dan tiada siapa yang berani atau boleh menyeberangi laluan ini,,,, namun sejak beberapa minggu lalu air sudah mulai surut dan jalan lama ini timbul dan boleh dilalui....




0 comments:

Post a Comment